Want your
own Fotopage?








 
rodziah's FotoPage

By: rodziah rodziah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  >  >>]    [Archive]
Thursday, 17-May-2007 10:00 Email | Share | | Bookmark

Ni pulak, muffin buat anak2 bawa g sekolah, nak bagi cikgu katanya, saya ubah suai sedikit tak letak nut sb anak tak suka, gantikan chocolate chip dgn chocolate rice sb chip habis stok.

Hadiah untuk guru darjah masing2 pulak, hamper buah dgn pen merah (hby stapler je kat hamper tu). Kelakar betul la anak2 ni, ada ke pen merah nak bagi cikgu. Betul ke cikgu2 suka pen merah??????? sila feedback ye cikgu2...........

Ni cerita hal anak pulak, masa saya buat muffin, masing2 tak nak makan kat rumah, sb nanti kat sekolah cikgu beri. Ape yang terjadi, bila balik sekolah saya tanya dah makan muffin, abang ckp abang dah makan, adik?????? cikgu tak beri anak murid pun mama, sambil tersenyum saya berkata2 dlm hati, tu lah sombong, mama suruh makan tak nak, kesian adik, nanti mama buat lagi lah.

Ingat ye (bagi yang tak tau), muffin ni jgn pukul lama just sebati je tepung tu, takut tepung nanti liat. tips dari keengkawan kat sini juga.




wahhhh... camana wa boleh jumpa ini fp ek??? rodzi, anak wa pun kalu pi kedai stationery tu, mintak belikan pen merah. wa tanya nak wat pe r ngan pen merah? Dia kata nak bagi cikgu, kesian pen merah cikgu selalu habis bila nak tanda buku... dia ni kalu nak bg hadiah tak kira hari... yang peliknya cikgu yang orang lain kata garang, yang orang takut, yang tu cikgu paberet dia... Fri 18-May-2007 01:28
Posted by:Penyulawa  - [Link]
wah, kak rodziah....best arr fp kak rodziah ni....seb baik terperasan add fp kat ujung email di rn.. Sat 19-May-2007 22:14
Posted by:anis anisadlina2@gmail.com  - [Link]
Add comment


Thursday, 17-May-2007 09:30 Email | Share | | Bookmark

Ni kek saya sponsor untuk hari guru sekolah husband SMK Dato' Sulaiman Parit Sulong sb nak lembutkan tangan dgn bantuan hby.

Kek bentuk love, adalah kek peanut butter kak norehan, hexagon kek oren mama zieza dan segiempat tepat tu seperti biasa resipi saya nescafe chocolate moist cake (sorry hby ambil gambar terbalik. Sesaja buat bentuk yg berbagai2 ni

Terima kasih buat kak norehan dan mama, ke dua2 kek ni memang sedap.....










Care to comment?


Thursday, 17-May-2007 09:00 Email | Share | | Bookmark


Assalamualaikum,

My first order through FP, untuk hari guru juga. Saya kurang minat buat muffin sb teksturnye yang sedikit kasar tp ada customer berminat, buat juga lah. Resipi asal takde macadamia nut, saya tambah atas permintaan customer, cuma nut tu yang ada dalam simpanan, saya terpaksa guna (harga mahal ooooo)

Muffin Chocolate Chips

250 gm tepung gandum - ayak
1 camt baking powder - ayak
1 camb serbuk koko - ayak
2 biji telur
150 gm gula kastor (saya guna 100 gm je)
150 gm susu segar (saya guna susu cair)
150 gm minyak jagung (saya cairkan butter 100 gm, tmbh minyak jagung)
100 gm chocolate chip
100 gm macadamia nut (kisar kasar)

Cara2 cam biasa la, pukul telur dgn gula, masukkan susu, minyak, akhir sekali tepung, chocolate chip dan nut. Walaupun td saya cakap kurang berminat dgn muffin ni tp bila dah rasa, memang sedap, tau je lah nut tu memang sedap.


Isteri2 yang solehah penyejuk hati, melapang fikiran,
Dirumah isteri, dijalanan kawan,
Jika kita lupa, dia penunjuk jalan,
Dia umpama tongkat si buta, jika tiada, satu kehilangan...



Care to comment?


Monday, 14-May-2007 01:30 Email | Share | | Bookmark
KEK COKLAT KUKUS ROHA

Ni kek coklat yang senang banget, just kacau2 pun jadi, tak payah guna mixer pun, nak bakar boleh, nak kukus pun boleh, cuba la, makan panas2, perrrrggghhhhhh.............warna memang golap, tapi hitam tu menawan.....hahahahaha.....

Ni bahan-bahannya.....
2 cawan tepung gandum
2 cawan gula - gula pasir dikisar halus
1 cawan serbuk koko - boleh kurangkan kalau tak suka pahit
1 st baking powder
1 st soda bikarbonat

1 tin kecil susu pekat / kalau krimer pakai setengah tin saja
1 cawan air mendidih
5 biji telur
1 cawan minyak masak

Panaskan kukusan, ayak tepung, baking powder, soda dan serbuk koko.
Campurkan dengan gula, minyak, susu pekat, air panas dan telur, kacau dengan senduk saja hingga semua sebati, tuang dalam loyang yang dialas dan dilengser dengan butter, kukus selama 1-1 1/2 jam atau bila bilah penguji kek keluar bersih.
Semasa mengukus pastikan air kukusan ditambah dengan air panas. actually waktu kukusan bergantung kepada saiz loyang



tengok je dah meleleh air liur.... mesti sedappp nih... Mon 14-May-2007 08:44
Posted by:cendawan  - [Link]
Omak ai...memang legam dan pasti sedap ni.....nanti kalau dah ada printer, mama print resipi dan cuba ye...Halal ye Wed 16-May-2007 16:12
Posted by:MamaFaMi  - [Link]
Add comment


Thursday, 3-May-2007 12:44 Email | Share | | Bookmark

QUICHE

Umpama mini pizza...

sedapnye....lapaqla pulak!!!

for lovely / cute kids apparel...kindly visit my fp today...special for cute kids like u....
Thu 3-May-2007 07:02
Posted by:najla e'shopping najlaeshoppe@gmail.com  - [Link]
Add comment


Thursday, 3-May-2007 03:23 Email | Share | | Bookmark

RESEPI CREAM PUFFUNTUK PENGGEMARNYA.........

Pastry
250 ml air
125 gm butter
150 gm tepung-diayak
Sedikit garam
Sedikit gula
4 biji telur- apa2 gred boleh


Didihkan air & butter hingga cair, Masukkan tepung gandum. Gaul sebati hingga adunan tidak melekat diperiuk. Angkat & sejukkan.
Masukkan adunan tadi dlm mixer, pukul sedikit dan masukkan telur sebiji demi sebiji.
Bakar 25 minit @ hingga kekuningan dgn suhu 200 darjah celcius.

Untuk inti- Custard
250 ml susu cair
250 ml air
1/2 tin jagung hancur dlm tin
70 gm gula pasir
60 tepung custard


Campur semua bahan, hangatkan atas api sederhana. Masukkan dalam bag, pancitkan dalam puff yang dah siap tadi.

Care to comment?


Thursday, 19-Apr-2007 12:33 Email | Share | | Bookmark
CHEESE BRONIES

BAGI PENCINTA CHEESE.............

Cheese Brownies

A
130 gm unsalted butter
250 gm castor sugar (saya kurangkan 200 gm)

B
2 nos eggs

C (mixed well)
1 tsp coffee emulco
1 tsp vanilla essence
1 tsp chocolate emulco
150 ml water

D (mixed and sieved)
150 high protien flour
40 gm cocoa powder
3/4 tsp baking powder
3/4 tsp soda bicarbonate

E (mixed well)
50 gm corn flour
4 nos egg yolks
100 gm fresh cream

F(beat till smooth)
500 cream cheese
salt to taste
150 gm icing sugar (saya kurangkan 120 gm)

G (beat till fluffy)
4 nos egg whites
60 gm castor sugar (saya kurangkan 40gm)

Method:-
1. Beat A till creamy. Then slowly add in B
2. Alternatively fold in C and D, mixed well.
3. Pour cocoa mivtures into 9" loose base lined square mould.
4. Bake 180C for 20 minutes.

For cheese mixture
1. beat E till smooth, add in E, lastly add in G, then pour over the brownies, bake at 150C for another 40 minutes. Hentakkan loyang supaya bubble keluar. Nak tau dah masak ke belum goyangkan sedikit loyang, kalau tengah cake masih goyang, lum masak lagi. Semasa bakar, letakkan loyang kecil berisi air di bawah oven.

Dah masak, agar permukaan cake cantik dan tidak melekat, lapikkan sehelai kain bersih atas cheese cake semasa nak keluarkan, kemudian terbalikkan semula.

Ni saya attached sekali mini cheese cake (ada lebih).


sofea, thanks jengok FP saya, cubala, resipi dah tempekkan Thu 19-Apr-2007 13:50
Posted by:memorybakery rodziahzayin@yahoo.com
Nini, bukan taknak war2kan, masih blur dgn FP ni, ni pun main hantam je Thu 19-Apr-2007 13:52
Posted by:memorybakery rodziahzayin@yahoo.com
Saya memang senang makan cheese, kalau resipi ada cheese tak tolak punya Cheese Brownies nie.memang mengancam saya beri anda 5 bintang........... Mon 21-May-2007 14:45
Posted by:Chef Tania taniaaris2002@yahoo.com
View all 5 comments Add comment


Thursday, 19-Apr-2007 02:00 Email | Share | | Bookmark
NESCAFE CHOCOLATE MOIST CAKE

Kek birthday anak kawan 1 tahun, nak yg simple tp kek coklat.

Nescafe Chocolate Moist Cake

A
200 gm Butter (klu unsalted lg bagus)
1 cwn gula kastor

B
2 cwn tepung gandum (tepung kek lagi bagus)
1/4 s/teh soda bikarbonat
1 1/2 s/teh baking powder (klu double action lg bagus)
-Ayak


C
1/2 cwn serbuk koko (coklat lg best)
1 cwn air biasa
1 s/teh coffee oil
1 s/teh nescafe
1 s/teh chocolate emulco
2 s/teh esen vanilla (vanilla paste lg best)
-Satukan semua bahan

D
3 biji telur (grade B pun boleh)


Cara:-
-Pukul A, masukkan D.
-Masukkan tepung dan air berselang seli, akhir sekali mesti tepung.
-Adunan bahagi 2, dapat dua kek, Bakar 160 celcius, lebih kurang 20 minit.

Text merah tu kalau untuk makan sendiri boleh lah, kalau nak jual kena pandai2 kira lah.

Topping
1/2 cwn tepung jagung
1/2 cwn serbuk koko/coklat
1 cwn gula pasir
100 gm butter
1 s/t nescafe
secubit garam
1 s/t vanilla
1 cwn susu segar/cair
3/4 cawan air biasa

-satukan semua, kalau bergentel tapis dulu, masukkan butter, double boil
sampai likat berkilat, memang lama sikitla, tp hasilnye, insyaAllah
menjilat jari. Dah likat, tuang atas kek, jgn diusik2 topping tu bila
dah tuang, cara nak ratakan, sendengkan je plate kek tu supaya meleleh
ketepi kek, pastu kemas kan tepi kek. Sebolehnye kek ni jgn tinggi
sangat, sb, supaya makan tu dpt makan/rasa dgn toppingnye sekali, baru
umpppppp.


assalamualaikum rodziah, selamat berkenalan dari kak tun..or mungkin kita dah berkenalan kut...ada tak rodziah pergi ke umah sue masa 1st gathering rnet?...ok nak minta izin mencuba resepi rodziah yang shedap ne ya....jiran sebelah rumah nak test akak suruh buat kek kahwin anak lelakinya...aduhai akak tak pandai...untuk makan sendiri main-main je boleh la...kak tun dahulukan dengan ucapan terima kasih ya...
salam ukhuwah dari akak
Fri 7-Dec-2007 03:56
Posted by:boxhousestudio boxhousestudio@gmail.com  - [Link]
Add comment


Wednesday, 18-Apr-2007 11:20 Email | Share | | Bookmark
BANANA WALNUT CHOCOLATE CHIP MUFFIN


Salam Rozi, akk tengok muffin walnut coklat ni nampak menyelerakan tapi tak ada resipi nyer. Boleh ke akk minta resepi ni, teringin juga nak cuba resepi ni. Terima kasih. Sat 27-Jun-2009 11:53
Posted by:Kak Sofie
Add comment


Tuesday, 17-Apr-2007 12:45 Email | Share | | Bookmark
PEANUT BUTTER POUND CAKE

Sweet Purple From Heart 2 Mouth .......

Deco dah cantik dah...tapi mana resipinyaaa.... Tue 17-Apr-2007 17:19
Posted by:rinnchan  - [Link]
gambar2 ni membuatkan ku lapar sesangat
http://andamanadreen.fotopages.com
Tue 17-Apr-2007 18:06
Posted by:adreen  - [Link]
Add comment


[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.