Want your
own Fotopage?








 
rodziah's FotoPage

By: rodziah rodziah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  11  12  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 28-Nov-2007 06:44 Email | Share | | Bookmark







Bila direnung2 memang warna asam boi, puas fikir camane la nak dptkan warna orange campur marron, at last jumpa satu warna orange red kat yen puchong. Dalam hati agak2 je warna tema sang pengantin.

Alhamdulillah betul tema warna ni. Punyala suka sangat sang pengantin dgn warna ni.

SELAMAT PENGANTIN BARU NUR KAMARIAH (K) & SHAIFFOL, semoga jodoh berkekalan hingga ke akhir hayat. Terima kasih juga kerana sudi mencuba kek ni sebagai kenangan hari bersejarah.

tq aqis, akak guna loyang segienam Wed 5-Dec-2007 09:04
Posted by:memorybakery rodziahzayin@yahoo.com
sis, kenan dgn hasil kerjatangan org johor ni...hari tu sepupu kawin lupa lak nak pesan order sini....kluang hantar tak? Thu 6-Dec-2007 17:26
Posted by:lynnhassan lynnhassan@yahoo.com  - [Link]
lynn, boleh, no hal, next time yeeee. tq lynn Fri 7-Dec-2007 04:09
Posted by:memorybakery rodziahzayin@yahoo.com
View all 4 comments Add comment


Wednesday, 21-Nov-2007 04:41 Email | Share | | Bookmark

Dah banyak kali juga buat muffin ni, tak sempat nak update FP. Ni saya buat lagi untuk kawan yang baru saja bersalin. Nak jadi cerita, up to 35 weeks, warded due to placenta down, so she have to wait until 38 weeks, then caesarean.

Masa discharge, sebagai membalas budi semua staff termasuk doktor (setelah 3 minggu bersantai dan 3R kat spital), muffin & kek coklat moist dijadikan sebagai cenderahati penghargaan terima kasih.

Tq rina, semoga rina & bby Muhammad Rif'aat Izzuddin sihat.






Care to comment?


Wednesday, 21-Nov-2007 04:38 Email | Share | | Bookmark

Jamuan akhir tahun untuk klas, oder dr seorang kawan yang juga seorang guru.


Care to comment?


Wednesday, 21-Nov-2007 04:26 Email | Share | | Bookmark

Kek hantaran guna parutan coklat cooking sebagai hiasan atas dan tepi serta sedikit roses.

Kek di meja makan pengantin pula, seperti biasa kek coklat dgn hiasan yang simple tapi sedikit rumit bila nak deco kat tepi.






suka kek yg ada bunga kat tepi2 tu...cantik...kretip tul kakrodzi nih....mesti nak deco tang tepi tu kepala pun senget2kan... Thu 6-Dec-2007 06:55
Posted by:maklang_06@yahoo.com  - [Link]
memang senget2 kapla dibuatnya maklang, ada juga yan terkucil, hahahaha Fri 7-Dec-2007 04:11
Posted by:memorybakery rodziahzayin@yahoo.com
Add comment


Thursday, 15-Nov-2007 00:41 Email | Share | | Bookmark

ADA SAPA-SAPA YANG HILANG ANAK TAK ?........


A'kum , nanti kalau saya balik kg kat Yong Peng bolehle order kat rodziah. La ni dok kat KK, sabah. Mengancam betul gambar-gambar kek tu Wed 21-Nov-2007 00:16
Posted by:Nor t.norazah@yahoo.com
Nini, cucu sedara akak ni, sesaja buat suka2 tempek gambo dia. Wed 21-Nov-2007 04:31
Posted by:memorybakery rodziahzayin@yahoo.com
Nor, tq singgah FP akak, kalau balik Yong Peng, caling2 la, rumah akak kat Putra Indah, Tongkang Pecah. Wed 21-Nov-2007 04:33
Posted by:memorybakery rodziahzayin@yahoo.com
View all 10 comments Add comment


Wednesday, 14-Nov-2007 04:51 Email | Share | | Bookmark

Tiramisu ni dah diubahsuai ikut citarasa saya sendiri. Coklat cake saya bake
nipis2, pastu layer dgn tiramisu. Makan sejuk2, rasa cam makan aiskirm.

Tiramisu-Mas

250 gm Phildephia Cheese
300 gm Fresh Cream
100 Icing Sugar
2 sudu makan coco powder/chocolate powder- ayak
1/2 sudu teh Nescafe- ayak

Cara:-
Pukul phildephia cheese dgn 50 gm icing sugar, Dlm bowl berasingan pukul fresh
cream dgn 50 gm gula hingga gebu.
Masukkan fresh cream ke dalam cheese, masukkan coco powder.



cuba lagi la maklang, mmg sedap, hrga bahan2 pun sedap maklang oiiiii, kalau nak murah, soh mrk g beli bahan, maklang buatkan, baru depa tau hrga bahan. Thu 15-Nov-2007 08:59
Posted by:memorybakery rodziahzayin@yahoo.com
Ngancam nyer tiramisu ni.........yummies Tue 20-Nov-2007 10:26
Posted by:Nini hazlini5555@yahoo.com  - [Link]
memang yummies nini, cuba laaaa Fri 7-Dec-2007 04:13
Posted by:memorybakery rodziahzayin@yahoo.com
View all 4 comments Add comment


Wednesday, 14-Nov-2007 04:45 Email | Share | | Bookmark

Kek hantaran bertunang, hijau pucuk pisang kek strawberry (olahan dr resipi kek pandan) dan yang bentuk love tu, kek coklat moist laaa.

Disebalik tabir deco kek ni, buttercream tak cukup, jam 1.30 pagi pukul buttercream, dalam hati punya la malehhhh, penattttttttnyeeeeee. Tidor jam 2 pagi, keesokkannya hari sabtu, bayo utang tidor, haaaaaahhhh 2 jam lebih tido.

Sian kat jiran ku, kalau la dia mendengar bunyi mixer greeeeeeeeeennggggggg di tengah malam sunyi sepi.


Care to comment?


Friday, 2-Nov-2007 03:32 Email | Share | | Bookmark

Percubaan pertama membuat kek lapis india. memang sedap. Tak sangka menjadi, tu pun guna talian hayat sifu kat sarawak, thanks dee atas tunjuk ajar susun coklat tu.
Saya tidak menggunakan resipi asal sebab ni adalah lebihan adunan kek lapis asam manis yang saya buat untuk customer.



Mama, kalau ikut sifu kat sarawak tu, memang every layer, saya ngelat, buat 2 plain 1cekelet.

Qish, bila balik kampung, bagitau nenek ye, nnti nenek buat.
kan.

maklang, akak pun tak rajin gak, tapi ada request, buat gak.

ida, dah tergoda, nak rasa kene oder.
Wed 14-Nov-2007 03:10
Posted by:memorybakery rodziahzayin@yahoo.com
Salam K Rozi, zai pun ade jumpa kek lapis nih tapi percubaan pertama kali hannnncusssss. sudilah K Rozi
komen....
Wed 14-Nov-2007 05:27
Posted by:zaiaziz ruzainaziz@yahoo.com  - [Link]
zai, hancusssss????? tentu frustkan, guna resipi mane satu, email akak ye, leh sembang panjang sikit. Thu 15-Nov-2007 08:53
Posted by:memorybakery rodziahzayin@yahoo.com
View all 8 comments Add comment


Friday, 2-Nov-2007 03:23 Email | Share | | Bookmark

Assalamualaikum kawan2, Selamat Hari Raya, walaupun hari ni dah setengah bulan kita berhari raya di bulan syawal.

Alhamdulillah sambutan setiap tahun sederhana bagi kita, yang meriahnya anak2. Berhari raya di JB, 2nd raya dah balik Batu Pahat, raya ke 3 dah mula kerja, dan di raya ke 3 ni la ayahanda admitted hospital, serangan jantung, alhamdulillah dah discharge. Disember nanti nak masuk tiub, mungkin belon agak nya lah.

Pada hari raya ke 6, anim aka mama ghock aka penyu lawa dan zura, singgah rumah, tak sempat posing dgn kamera sendiri, bateri kong, anak dok play movies hari raya kat rumah atuk je, tak hinggat2 nak charge.

Kengkawan ingat tak zura, anim panggil budak kebal, ingat tak isu veteren dan veterian dulu tu. Memang kebal zura ni, kena hantam siap ada pantun2 lagi, selambe dek je dia, bagus zura, akak puji ko, kalau tak kerana kebal ko tu, takde trill la kan, kalau orang lain akak rasa dah lama remove dr group. Sib baik waktu tu big boss suruh stop the isu, kalau tidak tak tau apa nak jadi dgn zura, melecuh, mengelupor kot. Rupa2nya bonda zura around 50 tahun, memang muda la lagi kan.

Maaf ye nim, zura, kalau layanan tuan rumah kureng memuaskan.



Care to comment?


Friday, 2-Nov-2007 03:22 Email | Share | | Bookmark

Satu lagi projek raya tahun ni, tak ambil banyak order sb tak menang tangan. Buat yang termampu je, kesihatan sering terganggu sejak akhir2 ni, entah kenapa badan not fit, memanjang tak sihat, tapi daya kan juga kerana anak2 berpuasa. Syukur akan segala nikmat Allah selama ni, alhamdulillah. Berikut adalah resepinya.

Blueberry/Rasberry Cheese Tart

Pastry

250 gm buttercup
60 gm gula icing
2 biji telor (buang putih satu biji)
420 gm tepung gandum (kalau kurang tambah sedikit )- ayak bersama susu tepung
1 sudu makan susu tepung
Sedikit esen vanilla

Pukul butter dan gula icing, masukkan telor, esen vanilla, tepung, uli sekejap hingga tak melekat kat tangan. Masuk pastry dlm peti sejuk >< 1 jam. Tekan dalam acuan, cucuk dgn garpu, bakar hingga kekuningan (SEPARUH MASAK).

Filling

A
250 gm cheese
30 gm gula icing
25 gm Butter
B
1 biji telor

C
25 gm fresh cream

D
20 gm tepung jagung

Blueberry secukupnya.

Pukul A, hingga licin dan gebu, masukkan B, pukul sebati.
Campurkan bahan B, C, D, kacau sebati, masukkan dalam adunan cheese tadi.

Masukkan blueberry kedalam pastry yang telah dibakar separuh masak. Tuangkan adunan cheese. Bakar selama 180 celcius hingga masak, anggaran 10-15 minit.


akak..nak tanya.. kalo nak order cheese tart nie bape ek? thanks.. Mon 10-Dec-2007 06:50
Posted by:nuworld yulsnemo@yahoo.com  - [Link]
Add comment


[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  11  12  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.